Kelas Belajar Menaip Online (TypingClub) & Kuiz Atas Talian (Quizizz)

18 September 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Belajar Menaip Online (TypingClub) dan Kuiz Atas Talian (Quizizz) ini telah diadakan pada 17 September 2020, hari Khamis bertempat di Pusat Internet Bogag.

Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada laman web belajar menaip secara atas talian iaitu www.typingclub.com (TypingClub). TypingClub dapat membantu peserta belajar menaip sambil mempunyai pengalaman yang menarik dan interaktif. Ia dilengkapi papan kekunci maya dan panduan tangan untuk menunjukkan kedudukan tangan, lencana, dan bintang yang tepat agar pelajar tetap termotivasi. Permainan dan video menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Selepas mempelajari cara menaip yang betul, kemahiran menaip peserta diuji dengan melakukan latihan menaip petikan pendek di laman web 10fastfingers.com.

Disamping itu, peserta diperkenalkan kepada laman web quizizz.com dimana peserta boleh membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian. Dalam sesi ini, peserta berpeluang untuk melakukan ulangkaji pelajaran dengan menjawab soalan kuiz bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 6 yang terdapat dalam laman web tersebut.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang ini telah dihadiri oleh 1 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali